Pages

Wednesday, March 3, 2010

Pembudayaan Ilmu

Thank to the MPP Head for dropping by my blog. I saw a post from his blog about the culture of knowledge and this interest me. Here are my comment on the post. For his post, view here.

"
Memang penting isu yang dibicarakan, pembudayaan ilmu. Malah ia juga dijadikan salah satu elemen tunggak dalam syarahan perdana NC kita dalam perancangan tahunan (Strategi, struktur dan budaya). Mungkin dilihat dalam syarahan tersebut, beliau membicarakan lebih kepada pembudayaan ilmu di kalangan penyarah dan kakitangan UTM.

Akan tetapi, mahasiswa juga perlu dan harus memainkan peranan dalam pembudayaan ilmu. Saban hari, apabila dilihat secara sepintas lalu, ramai yang hanya belajar untuk lulus dalam ujian atau peperiksaan. Dan yang teruknya, ilmu yang diperoleh terus dilupakan pada semesta yang berikutnya.

Perkara ini adalah sangat memalukan untuk seorang mahasiswa yang bertauliah. Sepatutnya ilmu itu disimpan dan diaplikasikan di latihan atau kerja praktikal yang harus diinisiatifkan sendiri.

Salah seorang pensyarah saya pernah berkata 'Jika anda ingin menilai sesebuah universiti, lihatlah apakah yang dibicarakan oleh pelajar di kafeterianya' Jika perbicaraan adalah berkaitan dengan 'anime', 'dota', 'games', 'shopping', maka gagallah tempat itu digelar sebuah universiti yang terbilang.

Sebaliknya, perkara yang dibicarakan oleh kalangan pelajar adalah berbentuk ilmiah, maka ia mencerminkan sebuah universiti yang berkualiti. Perkara inilah yang sepatutnya terjadi di UTM.

Sesungguhnya, pembudayaan ilmu inilah patut dijadikan keutamaan semua pelajar di UTM.

"

2 comments:

Anonymous said...

Ini cukup asalkan ada banyak di luar sana hanya menunggu kanan.

Anonymous said...

Terima kasih untuk posting yang bermanfaat! Aku tidak akan mendapatkan ini dinyatakan!